Home | stories | profile | tuto | Online | Contests | tagboard





Maulidur Rasul
Friday 3 February 2012 | 0 people(s)
Assalamualaikum wahai rakan-rakan blogger saya.
Kepada yang beragama Islam, anda semua wajib tahu bahawa pada 5 Februari ini bersamaan 12 Rabiul Awal 1443 H adalah hari keputeraan Nabi Muhammad atau dikenali sebagai Maulidur Rasul. Dan juga pada hari itu merupakan hari cuti iaitu hari Ahad.
Jadi sama-sama lah kita menyambut Hari Maulidur Rasul ini.
Tetapi kita sebagai umat Islam seharusnya mengetahui apa tujuan kita menyambut Maulidur Rasul ini.
Bukannya hanya membawa sepanduk beramai-ramai sambil berjalan ke masjid, berselawat ke atas nabi kerana mengikut rakan-rakan, ataupun kerana desakan guru sekolah dan lain-lain.

Nabi Muhammad S.A.W lahir pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571M.
Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Dan hari itu jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25)
Setiap tahun pada 12 RabiulAwal itu, seluruh umat Islam di dunia akan mengadakan ceramah, perarakan dan sebagainya bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
Banyak keistimewaan yang kita akan dapat sekiranya kita menghadiri Majlis Maulidur Rasul ini.
Sesungguhnya apa yang kita mahukan ialah keredhaan Allah dan mendapat pahala daripada-Nya.

NotaTangan: Maaf kalau ada maklumat yang saya tersilap. Sesungguhnya saya manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan :) 

Sumber : Wikipedia


Labels: , , ,


OLD / NEW


Photobucket
Happy gila :D

online
viewer since 2 februari 2012

Result terbaik untuk PMR.
Result terbaik untuk SPM.
DSLR Pink.
Buat GA
Buka online butik








Edit: Me
Love: